Tuesday, 31 May 2011

si CINDERELLAH ~

ADUAN KEPADA KONSORTIUM PARI-PARI 

Nama pengadu : Cinderellah binti Ahmad Lelah

Aduan ~ Bantulah saya! Saya adalah mangsa dera keluarga sendiri! Saya cuba telefon teledera berkali-kali tetapi tiada operator yang menggangkatnya.Itu sebabnya saya minta bantuan KONSORTIUM PARI-PARI . Saya harap sangat dapat dilepaskan daripada deraan mental dan fizikal yang sungguh tidak tertanggung ini !


Setiap hari saya diminta melakukan kerja rumah tanpa henti. Memasak , membasuh , mengemas rumah dan melipat kain baju adalah rutin yang mesti . Saya hanya dibenarkan tidur tiga jam setiap malam dan hanya boleh mekan setenggah pinggan nasi ....


Paling tidak tahan , setiap saat dan ketika... telinga didera dengan caki maki .Kepala saya juga turut ditunjal-tunjal sesuka hati . SUNGGUH ! . Saya sudah tidak tahan dengan hidup saya sebegini !


Tolonglah pihak konsortium pari-pari . Lepaskanlah saya dari belenggu masalah ini ! Saya percaya dengan kebolehan konsortium . Malah rakan baik saya iaitu BAWANG PUTIH turut mencadangkan perkhidmatan konsortium pari-pari . 


Dengarnya BAWANG PUTIH berjaya mencingcang BAWANG MERAH yang kejam itu . BAWANG MERAH juga sudah bertukar menjadi bawang goreng dengan bantuan hebat pari-pari .
Oh , saya juga mahu kakak-kakak tiri saya menerima nasib begitu juga !

TOLONGLAH SAYA WAHAI KONSORTIUM PARI-PARI ~



Yang benar , 
 CINDERELLAH..
14 Mac Tahun Dongenglah.